KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kui Hian menerusi satu kenyataan menyeru Kerajaan Persekutuan agar membatalkan status pemastautin tetap Zakir Naik dan mengusirnya dari negara ini.

Beliau menambah Malaysia tidak mengalu-alukan kehadiran Zakir Naik, salah seorang pendakwah Islam India, khasnya ke Sarawak.

“Kita tidak mengalu-alukan kedatangan mana-mana individu yang membangkitkan isu perkauman dan pelampau seperti Zakir Naik ke Sarawak di mana rakyat kini telah menikmati keamanan dan keharmonian.

“Sarawak tidak akan berkompromi terhadap autonomi beliau mengenai kemasukan rasis dan pelampau dan rakyat Sarawak sepatutnya memberikan sokongan sepenuhnya bersama Kerajaan Sarawak berhubung pemeliharaan hak-hak dan pelindungan tanah air mereka,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Datuk Sim yang juga selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut memberi amaran kepada semua rakyat Sarawak sepatutnya agar menyedari hakikat, bahawa semua masalah melibatkan kewarganegaraan yang dihadapi oleh rakyat Sarawak kini perlu diselesaikan oleh Kerajaan Sarawak dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

“Faktor ini sangat jelas, kerana Kerajaan Sarawak sahaja yang memahami keperluan rakyat Sarawak, lebih-lebih lagi, hanya Kerajaan Sarawak yang boleh memutuskan siapa yang layak menjadi warganegara Sarawak,” ujarnya.