KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak setakat 4 petang ini kekal di tahap sederhana.

Sekretariat Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di  Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Kuala Baram mencatatkan bacaan 87, Sri Aman (56), Miri (60), SK Baram (63), Kuching (76), Samarahan (72), Sarikei (67), Sibu (61), Samalaju (62), Bintulu (61), Mukah (54), Kapit (53) dan Limbang (52).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.