KUCHING: Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak berjaya merampas selaras senapang angin milik seorang lelaki hasil serbuan di sebuah rumah berdekatan Jalan Sungai Maong, semalam.

Hasil serbuan yang dilakukan pada jam 11.00 malam di rumah berkenaan turut menjumpai beberapa dadah jenis Ecstacy dan syabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menahan seorang penganggur, 40 di garaj keretanya kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.