KUCHING: Tiga Datuk Bandar baharu dilantik masing-masing bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS)

Datu Junaidi Redzuan yang sebelum ini menjadi Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri dilantik menjadi Datuk Bandar DBKU menggantikan Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Manakala Datuk Wee Hong Seng yang merupakan Ahli Suruhanjaya DBKU dilantik sebagai Datuk Bandar MBKS menggantikan Datuk James Chan.

Clarence Ting yang sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) menjadi Pengerusi MPS, menggantikan Datuk Tiong Thai King.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas sidang media bagi mengumumkan rombakan kabinet baharu di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.