MUKAH: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Petian Mukah musnah sepenuhnya dalam  kebakaran pada petang tadi.

Menurut  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah PPgB Azman Hanapis berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan bahawa berlaku kebakaran rumput pada jam 3.34 petang.

“Pihak kita bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah Hilux dengan kekuatan tujuh anggota yang  diketuai oleh PBK II Nasir Drahman bersama dengan sebuah LFRT Artego dan sebuah Prime Mover Water tanker.

“Komander Operasi menjelaskan bahawa  kebakaran bukanlah melibatan kebakaran rumput, tetapi kebakaran  melibatkan sebuah deret Blok Rumah Pekerja kosong yang ditinggalkan berukuran 60 meter (panjang) dan 18 meter  (lebar) berstruktur tidak kekal, telah musnah sepenuhnya sebelum pihak kita tiba dilokasi,” ujarnya.

Namun usaha memadam kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.58 petang dengan bantuan air dari Prime Mover Water Tanker yang dibawa kerana tiada punca air terbuka dan juga pili bomba di lokasi kejadian

Operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 5.24 petang dan tiada sebarang kemalangan nyawa jiwa dilaporkan.

Rumah tidak berpenghuni di Jalan Petian Mukah musnah sepenuhnya dalam  kebakaran pada petang tadi namun kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba.