KUCHING: Prihatin dengan nasib yang menimpa Walin Meron, 63 salah seorang penghidap strok sejak tiga tahun lalu, Pertubuhan Hope Place Kuching tampil membantu dan mengunjunginya di Bau minggu lalu.

Hope Place Kuching telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepadanya kerana Walin telah lumpuh, separuh dari badannya di sebelah kanan, oleh itu dia sentiasa menggunakan kerusi roda ke mana-mana sahaja.

Selain itu, Hope Place turut menyumbangkan Walin dengan bekalan lampin dewasa dan bantuan makanan asas yang lain.

Di samping itu, dia juga menerima sumbangan kewangan bulanan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Sosial.

Walin kini difahamkan tinggal seorang diri Kampung Bibak Singgai Bau, selepas abangnya meninggal dunia akibat penyakit strok yang dialaminya sejak awal bulan Ogos.

TERIMA KASIH … Walin Meron menerima kunjungan dari pihak Hope Place Kuching di rumahnya dia Kampung Bibak Singgai Bau minggu lalu.

Dia sebelum ini bekerja sebagai pekerja pembinaan di kampungnya dan melakukan beberapa aktiviti pertanian, tetapi kini pergerakannya sangat terbatas dan tidak dapat melakukan kerja berat tersebut.

Namun demikian dengan kehadiran kakak yang tinggal 15 minit tidak jauh dari rumahnya, kakaknya sentiasa membantunya dalam kerja-kerja seharian seperti membersihkan dan memasak.

Minggu lalu, nasib Walin turut mendapat perhatian wakil rakyat tempatan dan kemudahan tandas dan dapurnya akan dibina dan dibaik pulih untuk memudahkannya melakukan kerja-kerja harian.

Sehingga kini, beberapa orang penduduk turut sama membantu dalam pembinaan dan membaik-pulih tandas dan dapurnya itu.

Sumbangan orang awam misalnya bahan keperluan asas, lampin dewasa dan barangan lain amat dialu-alukan kerana ramai individu di bawah penjagaan Hope Place sepertimana Walin amat memerlukannya untuk kegunaan seharian.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang dan turut sama membantu mereka boleh menghubungi Persatuan Kebajikan Hope Kuching (PKHK) ditalian 082-505987.

RINGANKAN BEBAN… Walin Meron tidak dapat menahan sebak dengan kehadiran Hope Place Kuching yang sudi hadir dan membantunya.

 

RINGANKAN BEBAN… Walin Meron tidak dapat menahan sebak dengan kehadiran Hope Place Kuching yang sudi hadir dan membantunya.