BINTULU: Forest Fun Run 2019 Bintulu yang berlangsung di Taman Tumbina,awal pagi tadi mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih 800 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Acara ringkas pelepasan peserta dilakukan oleh Pengarah Jabatan Hutan Sarawak(JHS) , Hamden Mohammad kira-kiran jam 6.30 pagi.

Larian membabitkan laluan sejauh lima kilometer meliputi sepanjang laluan ke Pantai Tanjung Batu.

Bintulu merupakan lokasi pertama bagi penganjuran Forest Fun Run 2019’ sempena sambutan ulang tahun ke-100 JHS yang membabitkan empat divisyen melibatkan Bintulu (Taman Tumbina), Miri (Rizab Alam Semula Jadi Piasau), Sibu (Bukit Lima) dan Kuching (Perpustakaan Negeri) yang dipilih untuk mengadakan acara itu masing-masing pada 25 Ogos, 8 September, 22 September dan 3 November.

Sementara itu, Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom dalam ucapan ringkas perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang larian, menyambut baik serta menyokong penuh usaha Jabatan Hutan Sarawak dalam menganjurkan aktiviti sihat seperti itu.

TAHNIAH… Dr Stephen Rundi menyampaikan hadiah kepada pemenang Forest Fun Run 2019 Bintulu.

Katanya, melalui aktiviti larian, ia dapat membantu membakar kalori dalam tubuh badan di samping dapat membantu menguntungkan masalah berat.

Tambah, beliau lagi, penganjuran aktiviti di kawasan Taman Tumbina merupakan platform terbaik untuk membawa peserta mendekati serta mengenali khazanah alam.

Usai menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang, Rundi yang juga ADUN Kemena menyertai 100 peserta teratas menanam anak benih pokok di kawasan yang ditetapkan di Taman Tumbina di mana semua nama mereka tertera pada papan tanda dan didirikan di laman web seminggu selepas acara itu bagi memperingati Ulang Tahun Ke-100 JHS.

UNTUK ALBUM.. Dr Stephen bersama Hamden dan John Sikie merakamkan gambar bersama para pemenang Forest Fun Run 2019 Bintulu.

 

MULA.. Hamden melepaskan peserta Forest Fun Run 2019 Bintulu di perkarangan Taman Tumbina Bintulu.