Banjir: Sebuah sekolah di Sebauh masih dibuka seperti biasa

BINTULU: Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan(SK) Sungai Genaan, Sebauh masih diteruskan meskipun mengalami kenaikan paras air mencecah 12 inci berikutan hujan sederhana, lewat petang semalam.

Jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh ketika dihubungi memberitahu kejadian tersebut adalah perkara biasa  berlaku apabila hari hujan.

Keadaan, katanya, masih terkawal dan aktiviti persekolahan masih berjalan seperti biasa.

SK Sungai Genaan mempunyai seramai 23 murid Perdana dan empat murid pra sekolah dengan 12 orang tenaga pengajar dan tujuh staf sokongan.

Sementara itu, Pejabat Daerah Sebauh memaklumkan setakat ini pihaknya tiada menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak