Seorang yang gemar berjenaka

KUCHING: Allahyarham Datuk Dr Yusoff Hanifah merupakan individu yang bertanggungjawab membentuk acuan bandar raya ini apabila dilantik sebagai Datuk Bandar pertama pada 1988.

Menurut Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Dr Yusoff, 82 tahun berkhidmat selama enam tahun dengan cemerlang.

“Secara peribadi, beliau seorang senang didampingi dan gemar berjenaka.

“Allahyarham meninggalkan satu legasi yang membentuk bandar raya Kuching hari ini, dan ia masih dikekalkan,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Beliau mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

Dr Yusoff meninggal dunia di pada jam 10.15 malam waktu New Zealand kelmarin.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Zaleha Abdullah dan dua anak perempuan.

Dr Yusoff dan keluarga berpindah ke New Zealand sejak dua tahun lalu.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak