LIMBANG: ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail menyerahkan geran berjumlah RM 457,000 kepada 174 penerima.

Penerima geran tersebut terdiri daripada empat buah PIBG SMK, 20 buah PIBG SRK, 17 buah Gereja, 48 buah PPWS, 48 buah KRT Kampung, 10 buah Tadika Perpaduan dan 31 buah Tadika Kemas.

Abdul Rahman berkata, keseluruhan geran diberi merupakan hasil dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak iaitu dari parti GPS telah memperuntukkan sejumlah dua juta kepada setiap Adun Sarawak melalui peruntukkan MRP untuk diagihkan kepada rakyat.

“Diharapkan dengan adanya geran diberikan akan dapat memudahkan JKK kampung serta organisasi-organisasi melaksanakan aktiviti,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Geran di Dewan Bunga Raya, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar pihak persatuan atau JKK lebih kreatif dalam menjana pendapatan.

“Saya percaya, peruntukkan yang disalurkan melalui ADUN dan Parlimen Limbang adalah tidak mencukupi.

“Gunakanlah peruntukkan yang diberikan sebagai model permulaan untuk membuka perniagaan,” katanya.

Tambahnya, bagi mereka yang masih belum menerima geran tersebut, penyerahan akan dibuat tidak lama lagi.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan Bahagian Limbang Mohd Fakri Asmad, Pengelolo PPWS Cawangan Limbang dan Lawas Nurul Izza Hanis, Wakil Pegawai Kemas Rapiyah Siosman Bahagian Limbang dan Penghulu Chua Beng Soon.