KUCHING:  Seramai 40,448 murid di seluruh Sarawak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini di 1,285 pusat peperiksaan.

Jabatan Pelajaran Negeri dalam satu kenyataan berkata, UPSR bermula hari ini dan esok sebelum disambung semula dari 10 hingga 12 September.

“Seramai 30,649 murid ataun75.77 peratus menduduki peperiksaan dalam Bahasa Melayu, manakala selebihnya iaitu 9,799 calon atau 24.23 peratus menduduki peperiksaan dalam bahasa Cina,” katanya kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, seramai 328 penyelia kawasan dan 4,999 pengawas peperiksaan terlibat dalam memantau UPSR kali ini.