MATU: Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie sempat meluangkan masa meninjau sambil beramah mesra dengan pengunjung pantai Kuala Matu.

Pada masa yang sama beliau sempat bertanya khabar sambil meninjau keperluan peniaga kecil di pantai berkenaan.

Pantai Kuala Matu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Daro, kini kembali hidup dengan aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh peniaga kecil di kawasan itu.

Kewujudan gerai yang menyediakan pelbagai aneka jualan bukan sahaja menghidupkan suasana pantai tetapi juga berjaya menarik kehadiran pengunjung luar ke pusat peranginan berkenaan terutama pada hujung minggu.

“Saya bangga dengan insiatif yang dilakukan oleh peniaga pantai ini. Semoga apa yang usahakan mereka terus membuangkan kejayaan,”katanya.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati, orang ramai bertumpu ke lokasi tersebut mulai 10 pagi untuk beriadah bersama keluarga manakala, gerai jualan pula dibuka lebih awal dua jam sebelum itu.

Abu Seman bersama peniaga di Pantai Kuala Matu.

 

Sempat meluangkan masa bersama penduduk.

 

Pantai Kuala Matu kembali hidup