MUKAH: Menteri Kebajikan , Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah menyeru semua ibu bapa di Sarawak agar mendaftarkan anak-anak mereka yang lahir bermula 1 Januari 2019 untuk pemberian Endownment Fund Sarawak (EFS) di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak.

Sehingga 31 Julai tahun ini katanya seramai 13, 270 daripada 19,429 bayi Sarawak yang lahir telah berdaftar dengan EFS.

“Ketua Menteri Sarawak dalam ucapan Belanjawan 2019 telah mengumumkan pemberian EFS sebanyak RM1000 kepada setiap anak kelahiran Sarawak bermula tahun 2019.

“EFS ini hanya boleh dikeluarkan apabila anak tersebut mencapai usia lapan belas tahun sebagai usaha untuk membiayai persiapan awal kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi atau untuk memulakan kerjaya, ” katanya berucap dalam majlis Program Women od Wonder (WOW) : Empowering Sarawak Women NGOs di Hotel Kingwood semalam.

Jelasnya lagi Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak turut menyalurkan Geran Tahunan (GTK) kepada setiap Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) sebanyak RM5,000 bagi tahun 2019.

Ibu bapa di Sarawak diseru daftarkan anak lahir tahun 2019 untuk Endownment Fund Sarawak.

“Dengan geran ini Taska dan Tadika dapat menyediakan pemakanan yang sihat dan seimbang, mewujudkan Fun Learning dan pendigital asuhan dan bimbingan kanak-kanak, selain melibatkan pembangunan profesionalisme diri dan pengasuh secara tidak langsung.

“Setakat 3 September tahun ini, sebanyak 2780 daripada 3,029 IPAKK berdafatar telah mengemukan permohonanan GTK, dan daripada jumlah permohonan 1120 IPAKK telah diproses pembayarannya,” ujarnya.

Dalam pada itu juga katanya Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan geran usahawan Jabatan Wanita Keluarga Sarawak (JWKS) bernikai 1 Juta diberikan kepada usahawan wanita, manakala geran berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM5,000 turut diberikan kepada penerima.

Dalam majlis tersebut Datuk Seri Fatimah Abdullah telah menyampaikan EFS kepada tiga penerima dan juag tiga penerima GTK dari bahagian Mukah.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluaraga Sarawak Noraih Haji Ahmad dan Fasilitator SMT Learning Solutions Telemachus Lo.