LAWAS: Salah seorang daripada tiga orang sekawan yang hilang di sekitar Pulau Sari telah ditemui tidak bernyawa terdampar di batu di kawasan Sungai Labik Labik.

Menurut Info Gerakan Operasi Sarawak, mangsa dikenali sebagai Yue Chee Tiong, 30 dijumpai pada jam 8.35 pagi oleh pasukan penyelamat.

“Pada jam 8.55 pagi, mayat telah dihantar ke Pos Kawalan untuk pengesahan oleh Anggota APM.

“Mayat mangsa disahkan sendiri oleh abangnya Yue Dhee Chai 37,” menurut laporan tersebut.

Mayat dihantar ke hospital Lawas dengan menggunakan kenderaan Polis.

Operasi pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan.