Skuad Liga Premier Sarawak menempah tiket ke separuh akhir Piala Cabaran 2019 setelah berjaya menyekat JDT II 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Sarawak sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, Sarawak menduduki tangga kedua Kumpulan A.

Mereka layak bersama-sama JDT untuk merebut tiket final.

Ia merupakan pencapaian terbaik Sarawak setakat ini setelah agak hambar sepanjang musim liga dan Piala FA.