KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching dan Samarahan melebihi 200 setakat jam 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin berkata, bacaan IPU di Kuching ialah 228 manakala Samarahan, 204 apabila kedua-duanya menunjukkan peningkatan.

“Lima lagi kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (149), Sarikei (149), Sibu (144), Bintulu (112) Mukah (110).

“Sementara itu, sebanyak 14 titik panas dikesan di Sarawak setakat ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya, tujuh titik panas dikesan di Marudi, empat di Belaga, dua di Julau dan satu di Kapit.

Katanya, titik panas di negara jiran Indonesia ialah 1,088 di Kalimantan dan 154 di Sumatera.