SRI AMAN: Bandar Benak Malaysia dijangka menjadi ‘gamat’, esok (Ahad) selepas dianggarkan lebih 1,000 penduduk tempatan selain masyarakat luar yang mengesahkan penyertaan bagi mengikuti Benak Road Trail Run 2019 yang akan bermula seawal 6:00 pagi.

Menurut jurucakap penganjur, selepas tarikh tutup penyertaan jawatankuasa pengelola iaitu Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman menerima 1,053 penyertaan.

Katanya, mereka akan mengikuti larian 10 kilometer terbuka dan veteran lelaki.

“Selain itu, larian 10 kilometer terbuka dan veteran wanita.

“Turut diadakan fun run sejauh lima kilometer,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, Benak Road Trail Run 2019 dijangka bermula seawal 6:00 pagi dengan ketibaan peserta dan selepas itu diadakan sesi pemanasan badan.

“Untuk kategori 10 kilometer akan dilepaskan pada 6:30 pagi, manakala acara fun run akan dilakukan 15 minit kemudian.

“Dijangka melakukan pelepasan Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai,” ujarnya.

Beliau mengharapkan sesiapa sahaja yang berada di Bandar Sri Aman esok untuk bersama-sama memeriahkan acara tahunan yang diadakan menjelang Pesta Benak 2019 yang akan berlangsung dari 27 sehingga 29 September depan.

Program larian kali ini turut mendapat sokongan Hotel Sri Simanggang, Moma Water, Revive, Chia Trading, Rev Run serta agensi-agensi kerajaan di Bahagian Sri Aman.

JOM MERIAHKAN … Ayuh bersama-sama menggamatkan Bandar Benak Malaysia bersempena Benak Road Trail Run 2019 yang akan bermula seawal 6:00 pagi esok.

 

LALUAN 10KM

 

LALUAN 5KM