PASUKAN Projek Park dari Bintulu menjulang piala juara bola Sepak 9 Sebelah Kejohanan bola sepak Piala ADUN N.58 Balingian 2019 sekali gus berjaya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,500.00 beserta medal setelah memenangi perlawanan akhir 3-1 menentang Banqku FT dari Kampung Sungai Alo,Mukah dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak MPG di sini petang semalam.

Kemenangan pasukan pelawat (Projek Part) 3-1 ke atas Banqku FT ditentukan melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam masa 30 minit perlawanan penuh masa.

Bermakna Banqku FT berkedudukan naib juara turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00, piala dan medal.

Selain gelaran juara, pasukan Projek Park juga meletakkan seorang yang bergelar pemain pemain terbaik perlawanan akhir iaitu Habibi Ali, manakala anugerah penjaring terbanyak pula dimenangi oleh pemain posisi penyerang pasukan IPDM FC (B) Saifudin Zaffarin dengan berjaya mengumpul 7 jaringan sepanjang perlawanan. Mereka berdua menerima hadiah wang tunai sebuah piala dan wang tunai RM100.00 setiap seorang.

Daripada kesemua 15 buah pasukan yang turut serta dalam kejohanan dua hari ini, pasukan tuan rumah KRT Pulat Balingian sekadar berjaya menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM800.00, piala dan medal serta Joeker FC pula menduduki tempat keempat menerima sebuah piala.

JUARA PIALA ADUN N58 BALINGIAN 2019…Pasukan Projek Park merakamkan gambar kegembiraan setelah dinobatkan sebagai pasukan yang berjaya menjulang piala ADUN N58 Balingian 2019 di Padang MPG Mukah semalam.

Hadiah-hadiah kepada penerima anugerah dan pasukan pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Mukah, Dominic Ahjun.

Turut hadir pada perlawanan akhir ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) Ajahar Bakar, Wakil dari MPG, Wakil dari Press Metal Sarawak Mukah,dan AJK Jawatankuasa pengelola bersama Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala ADUN N58 Balingian 2019.

Kejohanan yang berlangsung di Padang MPG Mukah dua hari ini (14 hingga 15 September 2019) disertai oleh pasukan-pasukan yang telah dibahagi melalui cabutan undi dalam tiga kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri daripada pasukan IPDM FC A, CUBA-CUBA FC, BANQKU FT, N-THONY CREW dan IPDM FC B.

Kumpulan B terdiri daripada pasukan TFT JUNIOR, OYA BERSATU, ONE HEAD BALINGIAN, KAMPUNG BOY dan KRT PULAT.

Manakala pasukan yang berada dalam kumpulan C ialah PROJECT PARK, MASSVILLE, JOEKER FC, BALINGIAN VETERAN dan MPG UNITED.


Piala dun 3:Inilah dia pasukan Banqku FT dari Kampung Sungai Alo,Mukah yang telah menduduki naib johan setelah kalah 1-3 melalui penentuan tendangan penalty setelah kedua-dua pasukan seri 2-2.

 

Habibi Ali pemain dari pasukan Projek Park menerima anugerah pemain terbaik perlawanan akhir.