SRI AMAN: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman menunjukkan peningkatan ketara dan dalam tempoh enam jam sejak 3:00 pagi tadi, bacaan dicatatkan pada paras bahaya melebihi 300.

IPU terkini pada 9:00 pagi direkodkan 367

Semalam, bacaan direkodkan sangat tidak sihat dan semua sekolah yang berpandukan bacaan Stesen Pengawasan Udara Automatik Sri Aman ditutup hari ini.

Jarak penglihatan hasil tinjauan di beberapa kawasan juga semakin terhad.