SRI AMAN: Selain masalah jerebu, bandar Sri Aman berkapasiti lebih 100,000 penduduk ini turut menghadapi masalah kekurangan bekalan air.

Residennya Indit Bangai berkata ketika ini semua aset kerajaan dikerah bagi membantu semua penduduk terjejas.

“Oleh kerana jerebu, sebanyak 80,000 penutup hidung dan mulut akan diagihkan kepada penduduk sekitar bandar ini termasuk murid sekolah dan penjawat awam.

“Selain itu, bantuan memadam kebakaran terbuka yang berlaku di kawasan Lingga dan Kampung STC dengan kaedah bom air oleh APMM ,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Bahagian Sri Aman, di sini semalam.