KUCHING: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dijalankan esok menggunakan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengurangkan jerebu yang melanda teruk negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar Ismail Mahedin berkata lokasi tumpuan operasi ialah di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Kapit.

“Seramai 78 orang anggota dari pelbagai agensi iaitu Angkatan Pertahanan Awam (20 orang), TUDM (29 orang), Lembaga Air Kuching (19 orang), Meterologi Malaysia (5 orang) dan Jabatan Kerja Raya (5 orang) akan melakukan pembancuhan air garam pada kira-kira jam 8.30 pagi esok (Jumaat) bertempat di Pangkalan Udara TUDM Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah dijangka datang ke Pangkalan Udara TUDM Kuching bagi meninjau persediaan OPA berkenaan.

Lokasi pembenihan awan menggunakan pesawat Hercules C-130 esok