MIRI: Polis Marin Wilayah Lima Sarawak (Miri) berjaya merampas minuman bir dan rokok seludup bernilai RM549,192.60 di sebuah gudang tidak bernombor berdekatan Senadin Kuala Baram semalam.

Komander Pasukan Polis marin Wilayah Lima Sarawak, ACP Shamsol Kassim berkata, hasil serbuan Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah lima(Miri) pada jam 8.30 pagi yang bertindak atas maklumat orang ramai berjaya mematahkan aktiviti seludup berkenaan.

“Pihak kami mulanya melakukan risikan lebih kurang seminggu di sekitar kawasan gudang tersebut sebelum melakukan serbuan melalui ops Landai diketuai oleh seorang Pegawai bersama empat anggota URM Miri semalam.

“Risikan awal selama tempoh dua jam di kawasan tersebut tiada sebarang pergerakan orang yang disyaki menjaga gudang ditemui.

Komander Pasukan Polis marin Wilayah Lima Sarawak, ACP Shamsol Kassim (kiri) bersama anggotanya menunjukkan hasil rampasan rokok di Miri