KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman kembali ke paras bahaya dengan bacaan 301 setakat jam 6 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin berkata, empat lagi kawasan menunjukkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching (252), Samarahan (220), Sibu (207) dan Sarikei (237).

“Bacaan IPU tidak sihat pula direkodkan di Mukah (167), Bintulu (119), Samalaju (105) dan Miri (101).

“Sementara itu, sebanyak sembilan titik panas dikesan di Sarawak iaitu di Tatau (6), Marudi (2) dan Belaga (1),” katanya menerusi satu kenyataan.