BINTULU: Warga emas berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang semasa menyertai aktiviti larian amal di SJK Chung Hua, petang Jumaat, ditemui selamat pada jam 9.45 pagi tadi.

Difahamkan, Kong Joon Chung, dilaporkan hilang oleh anaknya kira-kira jam 5.30 petang apabila mendapati mangsa tidak tiba di garisan penamat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PBK II Pero bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung insiden terbabit.

SELAMAT… Kong ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam.