MUKAH: Seorang lelaki berusia 67 tahun dari Dalat mengalami cedera parah di bahagian paha kanan setelah dilanggar lari oleh pemandu kereta jenis Alza dan diheret oleh lori kargo sewaktu menunggang motosikal di kilometer sembilan Jalan Mukah Oya sekitar jam 11 pagi semalam.

Menurut Kapten (PA) Mohamad Noor Ini dari Angkatan Pertahanan Malaysia Cawangan Mukah berkata pihaknya menerima laporan kecemasan dan segera ke tempat kejadian dengan sebuah ambulans.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati mangsa mengalami cedera parah di bahagian kaki setelah dilanggar dan mangsa diusung ke dalam ambulans dan dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Kemalangan langgar lari tersebut  menyebabkan kaki sebelah kanan sebelah paha kanan seorang lelaki cedera parah.