SARIKEI: ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menghulurkan sumbangan kepada 14 mangsa kebakaran sebuah sewa di Jalan Drahman Keria, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha SUPP Cawangan Sarikei, Anthony Tan dan wakil pusat Khidmat N.45 Repok, Wong Zee Yeng, hari ini.

Antara yang disumbangkan termasuklah peralatan persekolahan untuk anak mangsa, kewangan, makanan dan keperluan harian.

Hadir sama Kapitan Ling Sien Chuong, Kapitan Ling Dien Yong dan Kapitan Law Pick Hung.

Pada masa yang sama, Huang turut menzahirkan simpati dan berharap mereka yang terlibat menghadapi dugaan berkenaan dengan sabar dan tabah.

“Sumbangan yang saya hulurkan ini bertujuan meringankan beban mangsa,” katanya.

Insiden 12.40 tengah malam yang membabitkan rumah berstruktur itu mengakibatkan dua sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun mereka bernasib baik apabila terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh turut menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban kesemua mangsa.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pemuda PBB N.41 Kuala Rajang, Mohd Tazullah Khan.

Antara yang sumbangkan ialah peralatan persekolahan, wang tunai, makanan dan keperluan asas.