KUCHING: Pertandingan Boling Terbuka sempena Karnival Sukan Saberkas Sarawak (KASUS) 2019 akan diadakan pada 9 November nanti di Emart Megaland Batu Kawa.

Penyertaan terbahagi kepada dua kategori iaitu
Acara VVIP dan Acara Terbuka.

Hadiah-hadiah istimewa menanti para pemenang, di samping hadiah bagi pemenang acara individu.

Johan bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, piala beserta pingat.

Manakala hadiah bagi pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat adalah wang tunai RM600, RM400, RM200 serta piala dan pingat.

Kepada yang berminat menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan di Ibu Pejabt Saberkas Sarawak atau menghubungi Shamsudin (01115808919) atau Zamuri (014 6540699).