SIBU: Seorang lelaki dilaporkan maut setelah kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar pokok di Jalan Wawasan, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Lau Pick Kong berusia 33 tahun dari Jalan Quarry di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit t mengesahkan kejadian dalam kenyataannya sebentar tadi.