Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen kereta api di Buenos Aires, Argentina, menunjukkan saat-saat seorang wanita terjatuh di landasan kereta api selepas seorang lelaki pengsan menimpa badannya.

Ketika itu, sebuah kereta api sedang menghampiri landasan tersebut.

Sebaik melihat wanita itu terjatuh, orang ramai yang berada di kawasan itu bertindak pantas, mereka melambai ke arah pemandu kereta api untuk memintanya berhenti.

Wanita itu bernasib baik kerana pemandu itu sempat menghentikan kereta api tesebut selang beberapa inci dari kepalanya.

Sebaik kereta api itu berhenti orang ramai turun ke landasan untuk membantu wanita tersebut.