SARIKEI: Sumber bekalan air di beberapa kawasan di Sarikei kembali beroperasi seperti sedia kala bermula semalam.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarikei menerusi satu status di laman sosial Facebook menjelaskan kerja-kerja penyambungan salurkan paip di Jalan Bulat, telah selesai dibaik pulih pada jam 6 pagi semalam.

“Setelah itu bekalan air akan kembali normal secara berperingkat, selepas pihak JBALB Bahagian Sarikei melakukan aktiviti flushing pada sebelah pagi.

“Kawasan yang kembali pulih ialah bermula di Jalan Bulat dari jambatan Sungai Nyelong sehingga Sungai Joh, Jalan Kesa Baron, Nam Kiew, Jalan Pertanian, Jalan Garan, Jalan Cola, Jalan Onn Dian, Simpang Pakan, Sungai Joh, Kawasan Jalan KJD Meradong, Skim B, Kawasan Pakan,” jelas kenyataan tersebut.

Pihak JBALB Bahagian Sarikei turut memohon maaf kepada semua pengguna di atas segala kesulitan yang berlaku, kesabaran yang tinggi dari pengguna amatlah dihargai.

JBALB Sarikei sedang menjalankan kerja baik pulih