SARIKEI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperuntukan sebanyak RM440,000 bagi menaiktaraf gereja St. Alban, di Taman Susur Jambu di sini.

Jumlah itu disalurkan melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN 45 Repok sebanyak RM100,000, RTP ADUN N.41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh ( RM240,000 ) dan RM100,000 Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) 2018.

Majlis simbolik penyerahan peruntukan itu disempurnakan oleh ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii pada majlis jamuan malam malam Gereja St Alban di Restoran Grand Empire Palace, malam tadi.

“Peruntukan yang disalurkan ini, membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa bersikap adil dan mengambil berat keperluan rakyat termasuk aspek kerohanian.

“Justeru, kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan dan komitmen tinggi kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Huang ( tiga kanan) bersama tetamu jemputan lain pada majlis makan malam Gereja St Alban di Sarikei, semalam.

Huang berkata, Abang Jo sahaja sentiasa komited untuk memberi peruntukan RTP yang memberi fokus kepada transformasi pembangunan luar bandar, malah juga memberi pelbagai inisiatif seperti bantuan UNIFOR kepada semua kaum di Sarawak.

Langkah proaktif itu katanya, membangunkan Sarawak dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi dan sosial.

“Saya berharap pihak gereja dapat memanfaatkan peruntukan ini dengan sebaik yang mungkin. Menjadi harapan kita untuk melihat semua rumah ibadah di Sarikei berkembang pesat.

“Saya juga menyeru agar, kita sama-sama menyumbang tenaga untuk membangun dan menjadikan rumah Tuhan ini cantik dan indah,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Bishop Kuching dan Brunei Darusalam, Rt. Revd. Nelson Ugas Bulang dan pemimpin masyarakat.

ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyampaikan sumbangan kepada wakil gereja St Alban.