MUKAH: Pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Mukah mengesahkan 20 peratus daripada bangunan asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Mukah terbakar pada kejadian jam 2 Petang tadi.
Sehingga kini punca kebakaran di bangunan asrama lelaki yang dihuni oleh seramai 202 pelajar lelaki tersebut masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.
Menurut Balai Bomba Dan Penyelamat Mukah (BBP), pihaknya menerima laporan kejadian padal jam 2.09 petang dan bergegas ke lokasi dengan sebuah FRT dan Tanker dengan kekuatan enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Daerah Mukah, Mohd Khaizal.
“Kebakaran bermula di Tingkat dua dan seterusnya merebak ke Tingkat bawah bangunan asrama lelaki berkenaan sehingga ke siling dan bumbung bangunan terbakar dan kebakaran berjaya terkawal sepenuhnya pada jam 3.16 petang.
“Hasil dari siasatan awal pihak Bomba, kebakaran melibatkan bahagian siling di empat bilik tingkat bangunan Asrama lelaki sekolah tersebut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” jelas kenyataan tersebut.
Setelah itu, pihak sekolah telah memaklumkan melalui kerjasama Pegawai Polis, Bomba dan Penyelamat termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Mukah dan Pegawai Daerah Mukah berbincang mencari pelan terbaik bagi mengenal pasti punca dan memastikan pelajar yang terlibat dapat meneruskan persekolahan seperti biasa.
“Berdasarkan arahan pihak Bomba asrama lelaki tersebut perlu dikosongkan dan ditutup untuk tempoh 14 hari dan tiada siapa dibenar kan masuk.
“Pelajar lelaki diarah kan untuk tidur dan menetap di kem Belia terutamanya pelajar tingkatan 5 untuk sementara waktu selama tiga hari, pihak PPD juga telah menyediakan bas untuk urusan pergi dan balik ke sekolah. Manakala pelajar lelaki lain dibenarkan balik rumah sehingga hari Khamis, ” jelas kenyataan tersebut.