BERNAMA bolot empat hadiah pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang

SIBU: Dua wartawan dan seorang jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) rangkul beberapa anugerah pada majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang yang diadakan di sini semalam.

Noor Bakhtiar Ahmad memenangi kategori Bahasa Melayu Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital di samping menjadi pemenang tempat ketiga kategori Bahasa Melayu Petronas Community Well-Being and Rural Development Journalism Award.

Beliau merupakan wartawan Bernama yang pernah bertugas di Biro Kuching, sebelum berpindah ke Pulau Langkawi sebagai pewarta.

Zaphne Philip yang merupakan anak jati Kuching turut membanggakan Bernama dengan memenangi tempat ketiga ketegori Bahasa Melayu Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital.

Jurufoto Bernama Biro Kuching, Razali Nordin pula memenangi tempat ketiga kategori kewartawanan foto.

Semua anugerah itu menawarkan hadiah RM3,000 bagi tempat pertama, RM2,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Sementara itu, Peter Boon dari The Borneo Post memenangi hadiah utama iaitu Anugerah Ketua Menteri yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Sebanyak 10 kategori dipertandingan, yang merangkumi penulisan di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Iban dan juga kategori penyiaran.– BERNAMA

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak