Pertandingan kucing 26-27 Oktober ini

KUCHING: Bermula 26 Oktober sehingga 27 Oktober akan datang Kelab Kucing Jalanan Sarawak (SSCC) akan mengadakan Karnival Pusak Mydin (KPM) 2019.

Timbalan Pengerusi SSCC Noor Baizura Mamat berkata karnival tersebut akan diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

“Karnival ini akan diadakan di Mydin Petrajaya dan kami telah merancang banyak aktiviti dan pertandingan kucing kepada mereka yang minat membela haiwan comel berkenaan.

“Antara pertandingan yang diatur adalah perhiasan sangkar kucing, Fancy CatFit, kucing paling comel, anak kucing paling comel, kucing paling popular, Raja KPM, Ratu KPM dan The Best of The Best,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak di sini, semalam.

Katanya lagi yuran menyertai KPM hanya RM20 untuk ahli SSCC dan RM40 untuk bukan ahli.

“Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan boleh mengisi borang atau menghubungi 0189849875 untuk keterangan lebih lanjut.

“Suka diingatkan agar peserta mengikuti syarat yang telah ditetapkan seperti memastikan kucing anda tiada kutu, tiada fungus, tidak sakit mata, tiada cirit birit dan sakit lain-lain.

“Begitu juga, tuan kucing harus memastikan kuku kucing dipotong terlebih dahulu dan membawa sendiri peralatan kucing seperti pinggan, bekas minuman, baja dan sebagainya,” terangnya.

Sehubungan itu, beliau juga memberitahu bahawa keselamatan kucing yang menyertai aktiviti adalah tanggungjawab pemilik haiwan berkenaan.

Bagi yang ingin mendaftar mengikuti pertandingan bolehlah melayari pautan seperti berikut https://forms.gle/f4aZaAHmug7YqUJA6

Karnival tersebut adalah anjuran SSCC dengan kerjasama Mydin dan Happy Cat serta ditaja Dr Rhone, IMM, JS Pet Cuties, Happy Paws Pet Shop, Melody Meow, Mimo n Frenz, Patches & Friend, Naturaw+ Fish Meal Gold, Syarikat Ligat Jaya, Pets Pounce, Jelu Pets Shop, Coon Elixir, Suara Sarawak, Moma Water dan Hai Meow.

Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan lagi karnival tersebut sambil melihat telatah kucing yang mencuit hari.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak