SK Mukah wakil tunggal Sarawak dalam Pertandingan International Robot Olympics Malaysia 2019 

MUKAH: Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah dibawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dan yang dipimpin oleh Guru Besar Burhanuddin Kaderi  berjaya mendapat penghormatan untuk membawa cabaran ke Pertandingan International Robot Olympics Malaysia 2019 di Dewan Serbaguna SMJK Yok Bin, Melaka,Malaysia pada 30 Oktober hingga 1 November 2019.

SK Mukah di negeri Sarawak merupakan satu-satunya sekolah rendah yang telah menempa nama pada pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan sebelum ini yang akan bersaing dengan lebih 61 buah sekolah menengah dan rendah seluruh Malaysia dalam cabaran di peringkat International Robot Olympics Malaysia 2019 anjuran SMJK Yok Bin, Melaka  dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut Guru Besar sekolah selaku Pengurus pasukan SK.Mukah,  Burhanuddin Kaderi memberitahu Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah Augmented Robotics Team (S.M.A.R.T) akan berangkat ke Melaka pada 28 Oktober ini dengan pimpinan saya sendiri dan dua orang guru iaitu Mohd Na’imullah Mohd Iskandar Jong  dan Clanra Drahman.

Katanya, lima pelajar yang akan mewakili pasukan sekolah ialah terdiri daripada Eisya Nur Zahira Omar, Elvince Evand Ubak Ak Tony Gibson, Christiano Varo Kassie Edmund pelajar Tahun 6,manakala Nurul Aqilah Shahirah Norshahril dan Mohamad Zafran Aqil Mohamad Zulhaimy pelajar Tahun 5.

Menurut Burhanuddin lagi, rekod pencapaian SK Mukah dalam pertandingan robotic tahun 2019 ialah di  peringkat antarabangsa di Miri pada 11 hingga 13 April 2019 pada pertandingan Robotic Lego Football Competition Borneo International Invitation Robot Football 2019.

“SK Mukah juga telah berjaya di Peringkat Kebangsaan pada 23 hingga 24 Ogos 2019  di Stadium Shah Alam Selangor dalam Petrosains RBTX Challenge 2019 Grand Finals dan Peringkat Negeri pada 8 hingga 11 April 2019 Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) di Miri dan 13 hingga 14 Julai 2019 Petrosains RBTX Challenge 2019 di Kuching.

SK Mukah dari Sarawak merupakan sejumlah  62 buah Sekolah Rendah dan Menengah di Seluruh Malaysia selain sekolah dari Johor, Kedah, Kelantan, Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau PinangPutraJaya Selangor Terengganu Kuala Lumpur dan Perak yang turut serta dalam kejohanan itu nanti.

Burhanuddin turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Tellian Yussibnosh Balo kerana memberi sokongan padu dari segi moral dan kewangan bagi membiayai perjalanan serta perbelanjaan kami sepanjang kami menyertai kejohanan ini di Melaka nanti.

“Diharap perjuangan kami memperolehi kejayaan seperti yang diidam-idamkan”,tambah beliau lagi.

KONTIGEN SK.MUKAH… Burhanuddin Kaderi(Berdiri tengah belakang) bersama dua guru pengiring merakamkan gambar bersama wakil pelajar dari SK.Mukah yang akan turut serta dalam Pertandingan International Robot Olympics Malaysia 2019 di Melaka pada 30 Oktober hingga 1 November nanti.
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak