MUKAH: Beberapa kawasan di Mukah pada 5 November (esok) dan 7 November akan mengalami gangguan bekalan air pada jam 8 malam sehingga 4 pagi pada hari berikutnya.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jurutera Air Bahagian Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) Mukah Zait Aima Yuinzy Yacub, pada 5 November tersebut kawasan yang terjejas ialah meliputi Kawasan Sungai Alo sehingga Kampung Litong, Kampung Tutus sehingga Kampung Tabo dan Kampung Penakub Cina hingga Kampung Sau.

“Manakala pada 7 November pula ialah melibatkan kawasan seluruh Mukah sehingga Daerah Kecil Oya dan Balingian.

“Gangguan tersebut ialah bertujuan untuk memberi laluan kepada kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek iaitu Project Design and Build Refurbisment 14 MLD Old Mukah Treatment Plant at Basong and Old Tingkas Raw Water Intake, Mukah Division (No Kontrak: JBALB/HQ/K008/2019 ,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu bahawa gangguan tersebut bertujuan bagi memberi laluan untuk kerja penyambungan paip dari Tangki Aras Tinggi (HTL) lama ke HTL yang sedia ada pada 5 November dan 7 November tersebut.

Pihak JBALB juga katanya akan membuat pemantauan sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja tersebut dilaksanakan, dan semua pengguna disarankan untuk menyimpan dan menjimatkan penggunaan bekalan air bagi menampung keperluan seharian sepanjang tempoh gangguan.

“Tekanan air rendah dan kualiti air terawat juga akan terjejas beberapa hari selepas kerja tersebut dilaksanakan.

“Pihak kita juga berharap agar tempoh gangguan dapat dipendekkan dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi, serta ribuan terima kasih di atas kesabaran semua pengguna,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan pengguna boelh mengubungi Azlan ANadyson Sungking di 013-8236042 atau 084-871617 dan Lia Salleh di 014-8977535 atau 084-871667.