KUCHING: Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarangan kenyataan untuk kemasukan secara bebas rakyat Sabah ke Sarawak malah, prosedur sedia ada masih dikekalkan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, rakyat Sabah harus menggunakan pasport, dokumen perjalanan dan kad pengenalan untuk memasuki Sarawak.

“Prosedur pemeriksaan imigresen di pintu masuk ke Sarawak dan pemberian pas-pas yang bersesuaian adalah kekal,” katanya ketika menjawab soalan daripada See Chee How (PH-Batu Lintang) pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dun Ke18 di sini sebentar tadi.