BINTULU: Seorang lelaki warga asing terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah ditembak oleh individu tidak dikenali di sebuah ladang sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili ketika mengesahkan kes tersebut memberitahu kedua-dua mangsa berumur antara 27 dan 30 tahun.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan berhubung kejadian diterima daripada orang awam kira-kira jam 2.48 pagi tadi.

Setibanya ditempat kejadian di sebuah rumah terbiar di dalam sebuah ladang sawit terbiar pihak polis mendapati seorang lelaki warganegara asing berumur 30- an telah terbaring dipercayai meninggal dunia akibat terkena tembakan dan terdapat kesan tetakan dileher.