Ini misteri yang tidak dapat diungkai dan ribuan siput sedut terdampar di pantai ini, kata Mohamad Azif apabila fenomena siput sedut atau tekoyong mengikut dialek tempatan terdampar Pantai Baram Tusan.

Katanya, ada antara yang mengutip dan menjual siput sedut tersebut RM3 sekilogram.

“Penduduk yang mengutip perlu pandai memilih. Kebanyakan siput yang terdampar masih kecil.

“Ia tidak enak untuk dimasak dan tiada isi,” katanya.

Seorang lagi penduduk berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila musim peralihan monsun timur laut.

“Fenomena ini tidak menentu, kalau banyak sangat sampai malam orang cari,” katanya.

Menurutnya, kawasan Berayak, Miri dikatakan banyak terdampar siput sedut.

“Ada yang cakap banyak di Berayak lebih banyak, tetapi terlalu kecil untuk makan kerana rasa kurang enak.

Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung antara makanan laut yang popular terutama di restoran makanan laut….