KUCHING: Kerajaan Sarawak mempunyai dua pelan utama untuk memastikan 100 peratus liputan air menjelang 2025.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom memberitahu, ia melibatkan Preliminary Desktop Master Plan Study.

“Kerajaan GPS dibawah Projek Rakyat fasa pertama memperuntukan RM2.8 bilion.

“Sementara untuk fasa kedua pada RMK-12 akan dilakukan pelantikan perunding bagi Water Supply Master Plan and Water Grid,” katanya pada perkongsian strategik tentang Program Pembangunan GPS Untuk Sarawak bersempena Konvensyen GPS 2019 di BCCK, hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak dalam tempoh tiga tahun ini (2017-2020) melaksanakan 322 Projek Rakyat.

Menurutnya, ia merangkumi menaik taraf loji, penggantian kemudahan air, penggantian paip uzur, projek Sawas dan pendigitalisasi.