KUCHING: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuma membayar RM10.75 juta daripada RM21.5 juta yang diluluskan untuk pengukuran tanah tahun ini.

Timbalan Speaker Dato Gerawat Gala memberitahu, lebih teruk pada tahun hadapan tiada peruntukan disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pengukuran tanah.

Ph mendakwa urusan tanah merupakan tanggungjawab Kerajaan Sarawak.

Berbanding kerajaan terdahulu dari 2010 sehingga 2018, Sarawak menerima RM161 juta untuk pengukuran tanah.

Sementara Kerajaan Sarawak sendiri membelanjakan RM70 juta bagi tujuan yang sama dalam tempoh dua tahun ini.

Tambah Gerawat, pengukuran secara individu secara terus ke Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak mengambil masa yang panjang.