KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanjakan lebih banyak berbanding Kerajaan Persekutuan dengan fokus projek kecil yang berimpak tinggi.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr. Penguang Manggil memberitahu, pihaknya menerima geran pembangunan daripada Kerajaan Sarawak berjumlah RM636.24 juta.

Katanya, berbanding Kerajaan Persekutuan hanya RM359.64 juta.

“Ia meliputi pelaksanaan Projek Rakyat, RTP, RMK-11, Marris, KPKT (Federal) dan projek berasaskan komuniti.

“Ini menunjukkan Kerajaan Sarawak lebih banyak membangunkan Sarawak,” katanya pada perkongsian strategik tentang Program Pembangunan GPS Untuk Sarawak bersempena Konvensyen GPS 2019 di BCCK, hari ini.