KUCHING: Memahami kesesakan lalu lintas di jalan Kuching-Samarahan, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan GPS akan membina Jambatan Sungai Sarawak di Demak Laut.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, buat masa ini, pembinaan jalan baharu Kuching-Samarahan di peringkat reka bentuk.

Beliau berkata demikian pada sesi perkongsian strategik sempena Konvensyen GPS julung kalinya di BCCK yang dihadiri 6,000 peserta.