KUCHING: Tiga komponen utama jalan pesisir pendekkan jarak perjalanan dari selatan ke utara Sarawak.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan memberitahu, pertama dengan pembinaan tujuh jambatan di laluan feri sedia ada antaranya Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paloh, Muara Lassa dan Batang Igan.

“Komponen kedua pembinaan ‘missing link’ seperti Jalan Pasi, Sarikei/Tanjung Manis, Mukah termasuk Jambatan Batang Rajang selain itu Jalan Bintulu/Jepak termasuk Jambatan Kuala Kemena. Satu lagi laluan kedua Kuching/Samarahan termasuk Jambatan Sungai Sarawak di Demak Laut.

“Manakala komponen ketiga, menaik taraf 331 kilometer jalan pesisir sedia ada merangkumi 23 pakej,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perkongsian strategik tentang Program Pembangunan GPS Untuk Sarawak bersempena Konvensyen GPS 2019 di BCCK, hari ini.