KUCHING: Sarawak tidak akan bankrup selagi GPS memerintah Sarawak, tegas Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya walaupun Sarawak pernah didakwa akan ‘mati’ oleh kerajaan PH.

“Namun, apabila saya menyediakan belanjawan yang besar, saya dikata Raja Sihir (David Copperfield).

“Sarawak ada pengurusan kewangan yang betul,” katanya merasmikan Konvensyen GPS di BCCK, hari ini.

Abang Johari menyatakan Kerajaan Sarawak mempunyai rizab yang besar selain memiliki pendapatan alternatif yang pelbagai untuk membangunkan Sarawak.