KUCHING: Ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Konvensyen GPS 2019 mengingatkan tentang hala tuju dan perjuangan sebenar GPS. Demikian kata Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika mengulas mengenai ucapan Abang Johari semalam.

Katanya, perjuangan GPS adalah memperjuangkan hak Sarawak termasuk membawa pembangunan ke negeri ini terutama kawasan luar bandar. “Kita tahu inilah agenda besar GPS memperjuangkan hak Sarawak serta membangunkan negeri ini mengikut cara dan acuan kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak pada Konvensyen GPS yang dihadiri 6,000 perwakilan di BCCK, semalam. Hasidah menegaskan, bahawa mereka menyokong penuh kepimpinan Abang Johari yang juga Pengerusi GPS.

“Ucapan hari ini (semalam) merupakan suntingan semangat untuk semua ahli GPS yang berada di konvensyen ini. “Untuk semula ahli yang tidak sempat bersama-sama hari ini (semalam) untuk terus memastikan kejayaan besar GPS pada PRN-12 akan datang,” katanya.

Jelasnya, GPS akan terus memperjuangkan hak Sarawak dan membangunkan negeri ini.