MISSOURI: Narwhal, berusia 10 minggu apabila ia ditemui di pinggir hutan di Missouri.

Anak anjing itu ditemui bersama seekor anjing besar yang secara sukarela menjaganya selepas Narwhal dibuang pemiliknya.

Wajah Narwhal agak unik, selain memiliki ekor biasa di belakangnya, bahagian dahinya turut ditumbuhi ekor kecil.

Secara kebetulan di Missouri, wujud persatuan kebajikan NGO yang matlamatnya membela haiwan istimewa seperti Narwhal.

Anak anjing itu di hantar ke Mac’s Mission dan di situlah ia beri nama Narwhal mengikut karaktor kartun dalam filem “Little Magical Furry Unicorn”.

Selain mempunyai ekor di dahi ia juga mengalami kecederaan di bahagian kakinya.

Rochelle Steffen yang menguruskan Mac’s Mission memberitahu ekor di dahinya tidak bergerak dan Narwhal tidak terkesan dengan kewujudannya.

Ia tidak menunjukkan sebarang rasa sakit dan asyik bermain berjam-jam seperti anak anjing biasa.