BINTULU: Ibubapa perlu pantau aktiviti anak anak mereka di musim cuti persekolahan bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam kegiatan tidak sihat.

sebaliknya, pihak terbabit harus memberi ruang sekali gus meluangkan masa secukupnya bersama anak- anak mereka di samping mengawasi pergerakan mereka terutama dari segi pergaulan.

Selain itu, murid-murid turut dinasihatkan agar mengambil peluang semasa cuti persekolahan dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat kepada diri pelajar, dan tidak terjebak dengan aktiviti sosial yang merosakkan akhlak dan membuang masa.

Saranan tersebut dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2019 Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, di sini.

Dalam perkara berkaitan, beliau turut menyaran kepada pihak pengurusan sekolah termasuk ibubapa dan murid- murid sekolah terbabit supaya mempertahan serta memupuk nilai- nilai murni, adat budaya warisan nenek moyang selain saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Guru besar SK Tanjung Batu, Togang Senin hadir sama.

TAHNIAH ….Majang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang SK Tanjung Batu.