KUCHING: Setiausaha PKR Sarawak, Vernon Kedit semalam menafikan kenyataan ketua cabang PKR Selangau, Joshua Jabeng bahawa 18 daripada 31 pimpinan MPN parti itu mahu Baru Bian melepaskan jawatan sebagai Pengerusi MPN Sarawak.

Sebaliknya katanya, hanya 11 orang daripada ketua cabang dikenal pasti bertindak demikian.

Sejumlah 19 yang lain katanya, mahu Baru kekal mengetuai MPN Sarawak dan ini dibuktikan apabila mereka bersama-sama Baru pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Joshua sebelum ini memberi alasan bahawa MPN negeri memerlukan pemimpin yang boleh memimpin dan meluangkan lebih masa untuk bertemu pimpinan cabang.

“Baru terlalu banyak tanggungjawab sebagai Menteri Kerja Raya, Adun Ba’Kelalan dan Ahli Parlimen Selangau,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan Vernon mengumumkan senarai nama cabang yang memihak dan menentang Baru Bian sebagai pengerusi MPN Sarawak.

Sokong

Mas Gading – Boniface Willie Tumek, Serian – Cyril Langin, Puncak Borneo – Willie Mongin, Bandar Kuching – Simon Siah Stampin – See Chee How, Petra Jaya – Baharuddin Datuk Mokhsen, Batang Lupar – Abg Zulkifli Abg Engkeh, Sri Aman – Yen Jebeni, Lubok Antu – Nicholas Bawin Anggat, Betong – Vernon Kedit, Saratok – Ali Biju, Kanowit – George Chen, Sibu – Abdul Raafidin Majidi, Lanang – Hung Soon Kieng, Bintulu – Kelvin Kilo, Hulu Rajang – Abun Sui Anyit, Kota Samarahan – Jemree Sabli, Baram – Roland Engan, Lawas – Baru Bian

Tidak sokong

Julau – Larry Sng, Sarikei – Sng Chee Hua, Kapit – Sng Chee Eng, Miri – Dr Michael Teo, Limbang – Dr Lau Liak Koi, Selangau – Joshua Jabeng, Igan – Morshidi Mahtali, Santubong – Ahmad Nazib Johari, Batang Sadong – Piee Ling, Mukah – Abdul Jalil Bujang, Sibuti – Mohdar Ismail