BONUS KHAS. Ia sebagai penyuntik semangat pemain Kuching FA jika mampu menumpaskan Sarawak dalam aksi play-off di Stadium Sarawak pada Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) Fazzarudin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut.

“Kita belum memikirkan… akan tetapi bersedia uantuk mempertimbangkanya,” katanya.

Pertemuan Sabtu ini dianggap sebagai misi ‘abang adik’ yang mempunyai misi berbeza untuk beraksi dalam kancah Liga Premiera tahun depan.

Beliau berharap pemain tidak mensia-siakan impian untuk beraksi di Liga Premiera selepas tiga tahun mencuba.